Luahan Ringan


Terpacak aku terpaku,
Diatas bumi yang satu,
Tiada ayah tiada ibu,
Tanpa mereka, tiada aku. 

Berkumandang masuknya waktu,
Dibanjiri wuduk diwajahku, 
Berdiri aku masih lagi kaku,
Gerakan Wirid alunan bibirku,
Dahiku tunduk jatuh bersujud,
Bertemu denganNya maha yang satu. 

Melapang dada Bebas bercerita,
Dalam keadaan yang pasrah selesa,
Dari terbit fajar atau pun senja, 
Kerana dia yang maha Esa.