diriku di waktu pagi .

letih semalam terasa lagi ,
hendak diurut tak reti ,
tak kenal mana sendi ,
mana geli .

harapan untuk pagi nanti mengunung ,
menyelesaikan apa yg tak mampu diusung ,
diheret perlahan kehujung ,
tapi masih berundur ke katil lalu berselubung .

paksa kan jugak diri utk berganjak ,
amboi terasa seksanya bila melangkah ,
badan sudah pun longlai bagai ditetak ,
bahu juga tak lepas meminta utk dipapah .

hurm ...

satu persatu masalah ,
kerja belum selesai ,
diri dah mengalah,
jiwa pula malas seperti keldai .



pengemis

dalam lingkungan usia aku ,
layak dipanggil pengemis ,
sehingga aku mampu mencari nafkah sendiri ,
dan berdiri di atas kaki sendiri . 

selagi aku meminta rezeki dari keluarga aku ,
aku lah pengemis . 

aku mengemis diserata tempat ,
mengemis ..
rezeki dikalangan keluarga ,
ilmu dikalangan orang berilmu , 
kasih dan sayang pula hanya diterima dikalangan yang memberi . 

tak semesti apa yg dingemis ,
akan diterima disekeliling ,
terpulang seteruk mana kita perlukan ,
dan setakat mana yang mampu diberikan ,
mengemis juga tak dapat memuaskan ,
yang hanya dapat memuaskan ..
ialah diri sendiri . 

antara dua hati



sakit perit itu sementara ,
tapi kesannya kekal abadi di jiwa .

jangan permainkan tentang perasaan dan hati ,
kalau tercedera parah dah susah untuk diubati ,
jangan pernah nak mencuba cuba ,
kalau betul ikhlas insyallah bahagia .


tiada kata hikmah dan sakti ,
kalau nak sidia perlu ikhtiar untuk mendekati ,
tapi pastikan hati itu tulus dan suci ,
kalau tak nak nanti nahas yang ditimpai .


bila hati tiada lagi keikhlasan ,
separuh jiwa pergi tanpa berpesan ,
separuh lagi menanggung tangisan ,
malah jiwa mati tiada keputusan .


biar dilukai dahulu dari berdendam kemudian ,
tak nak nanti hilang kawalan ,
habis hancur semua impian ,
akan aku musnahkan dengan kekejaman .


jangan menipu untuk mengelakkan kebenaran ,
tapi berterus terang insyallah aku memahami ,
tiada sesiapa didunia ini tidak mahukan kejujuran, 
pasti semua mahukan yg terbaik antara dua hati . 

hati mengusik rindu .

disatu tempat kita bertemu ,
walau mata tidak bertentang,
tapi hati terpaut disalah satu ,
membuatkan kau kusut baring melentang ,

dengan agak perlahan kau memikat ,
dengan perlahan gerakan emosi ego aku tersekat,
kata kata sayang  dan kasih sudah melekat ,
cuma masih tidak menunjuk di muka yg ketat =P

hampir setiap hari kita berhubung , ada masa kita berjumpa bersiarsiar
bersentuhan tangan menandakan sayang yg tegar di dalam diri masing masing .
cuma tidak diluahkan  , entah kenapa susah untuk berbicara ,
mungkin kerana masing masing dah tahu perasaan sendiri cuma tidak dirunding ..

kau hilang kemudian muncul kemudian sayang kemudian hilang sekali lagi ..

lama jugak kau dan aku menghilang ,
tiba satu hari itu kita bertemu setelah lama tidak berjumpa ,
walau hati mengusik rindu tapi diri masih terasa malu . 

sehingga suatu hari muncul satu khabar yg baik ..
mungkin khbar yg baik bagi mereka yg bukan berada di tempat aku ,
tapi bagi aku , ianya seperti satu khabar yg menyiksakan jiwa batin aku .
kau telah pun selamat ditunangkan dengan gadis lain .
sekrang apa patut aku rasa  ?
BENCI ? MARAH ? MENYESAL ?
atau aku perlu redha ?
yaa .. aku perlu redha dan berdoa demi kebahagiaan dia .
kalau sayang seseorang tidak semestinya perlu bersama dengannya hingga ke syurga .
tapi perlukan pengorbanan , yea aku korbankan kasih sayang aku untuk melihat dia bahagia bersama gadis yg lebih layak untuk bersamanya , biarlah diri aku diselubungi kesedihan kerana kesedihan itu hanya sementara .
tiada yang abadi di dunia ini kan ? semoga kau bahagia disamping nya :)