Luahan Ringan


Terpacak aku terpaku,
Diatas bumi yang satu,
Tiada ayah tiada ibu,
Tanpa mereka, tiada aku. 

Berkumandang masuknya waktu,
Dibanjiri wuduk diwajahku, 
Berdiri aku masih lagi kaku,
Gerakan Wirid alunan bibirku,
Dahiku tunduk jatuh bersujud,
Bertemu denganNya maha yang satu. 

Melapang dada Bebas bercerita,
Dalam keadaan yang pasrah selesa,
Dari terbit fajar atau pun senja, 
Kerana dia yang maha Esa.


selintas









antara dalam banyak pengalaman ,tidak pernah sesekali terdetik , akan terjumpa sebuah taman , tidak terusik dan dipetik. 




hanya bicara ringkas

perlukah kau menghantui hidup orang lain akan ego kau ?
taukah itu semua satu penyesalan diakhir cerita?
hapuskan lah keegoan yg melonjak bahagia ,
tiada yg tiada sengsara tanpa ego .
 

diriku di waktu pagi .

letih semalam terasa lagi ,
hendak diurut tak reti ,
tak kenal mana sendi ,
mana geli .

harapan untuk pagi nanti mengunung ,
menyelesaikan apa yg tak mampu diusung ,
diheret perlahan kehujung ,
tapi masih berundur ke katil lalu berselubung .

paksa kan jugak diri utk berganjak ,
amboi terasa seksanya bila melangkah ,
badan sudah pun longlai bagai ditetak ,
bahu juga tak lepas meminta utk dipapah .

hurm ...

satu persatu masalah ,
kerja belum selesai ,
diri dah mengalah,
jiwa pula malas seperti keldai .



pengemis

dalam lingkungan usia aku ,
layak dipanggil pengemis ,
sehingga aku mampu mencari nafkah sendiri ,
dan berdiri di atas kaki sendiri . 

selagi aku meminta rezeki dari keluarga aku ,
aku lah pengemis . 

aku mengemis diserata tempat ,
mengemis ..
rezeki dikalangan keluarga ,
ilmu dikalangan orang berilmu , 
kasih dan sayang pula hanya diterima dikalangan yang memberi . 

tak semesti apa yg dingemis ,
akan diterima disekeliling ,
terpulang seteruk mana kita perlukan ,
dan setakat mana yang mampu diberikan ,
mengemis juga tak dapat memuaskan ,
yang hanya dapat memuaskan ..
ialah diri sendiri . 

antara dua hati



sakit perit itu sementara ,
tapi kesannya kekal abadi di jiwa .

jangan permainkan tentang perasaan dan hati ,
kalau tercedera parah dah susah untuk diubati ,
jangan pernah nak mencuba cuba ,
kalau betul ikhlas insyallah bahagia .


tiada kata hikmah dan sakti ,
kalau nak sidia perlu ikhtiar untuk mendekati ,
tapi pastikan hati itu tulus dan suci ,
kalau tak nak nanti nahas yang ditimpai .


bila hati tiada lagi keikhlasan ,
separuh jiwa pergi tanpa berpesan ,
separuh lagi menanggung tangisan ,
malah jiwa mati tiada keputusan .


biar dilukai dahulu dari berdendam kemudian ,
tak nak nanti hilang kawalan ,
habis hancur semua impian ,
akan aku musnahkan dengan kekejaman .


jangan menipu untuk mengelakkan kebenaran ,
tapi berterus terang insyallah aku memahami ,
tiada sesiapa didunia ini tidak mahukan kejujuran, 
pasti semua mahukan yg terbaik antara dua hati . 

hati mengusik rindu .

disatu tempat kita bertemu ,
walau mata tidak bertentang,
tapi hati terpaut disalah satu ,
membuatkan kau kusut baring melentang ,

dengan agak perlahan kau memikat ,
dengan perlahan gerakan emosi ego aku tersekat,
kata kata sayang  dan kasih sudah melekat ,
cuma masih tidak menunjuk di muka yg ketat =P

hampir setiap hari kita berhubung , ada masa kita berjumpa bersiarsiar
bersentuhan tangan menandakan sayang yg tegar di dalam diri masing masing .
cuma tidak diluahkan  , entah kenapa susah untuk berbicara ,
mungkin kerana masing masing dah tahu perasaan sendiri cuma tidak dirunding ..

kau hilang kemudian muncul kemudian sayang kemudian hilang sekali lagi ..

lama jugak kau dan aku menghilang ,
tiba satu hari itu kita bertemu setelah lama tidak berjumpa ,
walau hati mengusik rindu tapi diri masih terasa malu . 

sehingga suatu hari muncul satu khabar yg baik ..
mungkin khbar yg baik bagi mereka yg bukan berada di tempat aku ,
tapi bagi aku , ianya seperti satu khabar yg menyiksakan jiwa batin aku .
kau telah pun selamat ditunangkan dengan gadis lain .
sekrang apa patut aku rasa  ?
BENCI ? MARAH ? MENYESAL ?
atau aku perlu redha ?
yaa .. aku perlu redha dan berdoa demi kebahagiaan dia .
kalau sayang seseorang tidak semestinya perlu bersama dengannya hingga ke syurga .
tapi perlukan pengorbanan , yea aku korbankan kasih sayang aku untuk melihat dia bahagia bersama gadis yg lebih layak untuk bersamanya , biarlah diri aku diselubungi kesedihan kerana kesedihan itu hanya sementara .
tiada yang abadi di dunia ini kan ? semoga kau bahagia disamping nya :)

masih tertanya ..

tergeletek dijiwa hanya melihat gambar ,
tersenyum manis dihati tanpa kasar , 
terasa hilang perasaan yang hambar , 
rindu pula kian tersebar .

kau di selatan aku di utara , 
sunyi sepi tidak bersuara , 
melalui hidup sebagai sebatang kara , 
tidak banyak benda untuk dibicara .

berseorangan membuatkan aku buntu , 
sendirian sambil memikirkan sesuatu , 
adakalanya tentang kau dan aku , 
yg kadang kadang aku keliru ,
apa sebenarnya yg berlaku ?

pedulikan apa yg tak pasti ,
teruskan hidup sampai mati ,
satu hari pasti diketahui,
dari dia , kau , mereka atau diri sendiri .

kisah kita aku luahkan melalui coretan , 
supaya kelak aku jadikan ia peringatan ,
kadang kadang hidup yg tiada ikatan , 
lebih baik dari dilemma ketakutan . 

#kisahakandisambung :)






hasil yg terjumpa mengembirakan .

sedang aku leka dibuai lagu ,
teringat pula kisah yang lalu ,
dimana aku ditinggalkan tanpa ragu ,
dan terus setia menanti dengan kaku .

menunggu dgn bodoh tidak berkerja ,
bagai dihimpit di celah kuja ,
mencari cari sambil terkinja kinja ,
akhirnya diam bersahaja .
mengalah dengan men-kia .

akhirnya menerjah tempat mu diluar sangkaan ,
berjumpa berdepan tidak menganggu perasaan ,
tersenyum lega aku hilang kekecewaan ,
dalam diam rupanya aku terterima kenyataan :)

history yg dicipta :)

mungkin takdir kita hanya untuk berkawan ,
jelas tiada ikatan istimewa antara kita untuk ditawan .
tapi pandangannya aku masih terasa getaran ,
teringin rasa nya untuk berpacaran ,
bersama selamanya dengan insan pujaan ,
tiada kerelaan atau kata paksaan ,
hanya mengharapkan keikhlasan .

perbezaan dua jiwa banyak kisah dongengannya ,
tapi persamaan perasaan apa jawapannya ?
( perasan je ni >.< )

tergelak kecil dihati menandakan fantasi di minda ,
begitu asyik mengusik diri yg lapang didada .
di dunia fantasi yg hanya boleh memberikan kemanisan ,
tetapi dunia realiti yg mungkin diakhiri tangisan .

memang tiada sifatku yg suka memilih ,
bukan juga tujuan untuk mengaut pitih(duit) ,
dan walau tiada hasil hitam putih ,
tapi dirimu juga yg aku kasih .

bertepuk sebelah tangan sudah lama aku sedari ,
hanya terasa ingin berpuisi ,
tentang aku dan kau di malam hari ,
bukan sekadar hendak menambahkan koleksi ,
tapi untuk mencipta history :)







teruna seminit


kehadiran sekelompok teruna tampan mencuri pandanganku .

bau bauan mereka menusuk kalbuku .
(actually bau kuih muih yg dijual )
egois mereka lagi menarik perhatian aku  .
siapa mereka ? dari mana ? nak beli apa ?
tidak dijawb kalau disoal di hati sendiri . kan ?
mata melilau liar mencari yg paling kacak . 
si gadis ini ada perasan jugak ,
salah seorang dari mereka , mata bertentang sekali sekala .
senyuman tak pernah diukir sekali pun .
sombong sungguh si teruna dan gadis ini .
tapi ....
si gadis ini tak pernah terlintas pun untuk mengenalinya .
hanya sekadar suka suka . mencuci mata dan mengusik si teruna .
(astaghfirrullahalazim , bulan puasa pun ada hati nak mengusik teruna orang >< )
kulitnya yg putih dipadankan dengan T-Shirt merah bersama sinaran matahari petang,
menyerlahkan lagi akan kehadirannya disitu .
dengan didadanya tergantung kaca mata . bergaya .
ku hanya perhatikan gerak gerinya mencari cari sesuatu .
aku percaya , bukan mata aku sahaja yang memerhati dia ...

2-5 minit kemudian ...
dalam perjalan dia menghadap aku , matanya singgah di mata gatal aku .
kali ini terukir senyuman (malu kot -.- ) dan singgah lebih lama .
ku membalas dengan senyuman yang mempunyai pesanan .
( bukan pesanan gatai  , pesanan mintak maaf atas sikap keterlampauan aku ini  )
dia kelihatan senang dari sebelumnya , kekok .
(agak nya dia mengerti )
si gadis dan teruna akhirnya berakhir dengan senyuman yang manis .